Isnin, 25 Januari 2010
sajer membebel
Jumaat, 22 Januari 2010
BOSAN
semakin hari aku rasa semakin bosan kejer kat cni,,hari2 buat kejer yang sama macam x berkembang otak aku nie,,memang la kejer nyer senang kira boleh goyang kaki la iyer dah macam aku la bos akula pekerjer tapi masalah nyer aku x braper minat la kejer nie,, x mencabar aku langsung kejer,,macam nak cari kejer lain jer tapi kejer aper la yang blh dapat dekat2 cni nak berhijrah bnyak sangat halangan dari keluarga dan macam2 la,,bangun pagi pegi kejer balik kejer sampai umah mandi lepak tngk tv mkn rest tido itu ajer la berulang setiap hari jugak la aku rasa,,aku nak sesuatu yang baru yang aku minat nak lakukan,,nak buat macam maner ekk,,arghhh bosan bosan..
Rabu, 20 Januari 2010
ANGKARA TEBUAN
kat luar hujan mencurah-curah membasahi bumi allah dapat tido best nie,,aku pun x braper cihat ari ni mungkin efek terpijak tebuan semalam kat umah,,aku pun pelik bulan nie ajer dah 3 kali aku terpijak tebuan,,xtau la salah aku ker salah tebuan yang tebuan pun masuk umah aku naper nyer???mcm owg tempang jugak la aku gi kejer ari nie tapi still vogue hahahha,,mulut pun sakit ader 3 kawah comei kat dalam mulut nie,,kawah comei tu ulser ler heheh adess x blh gelak banyak2 lak sakit,,tu ler pasei kurang minom ayor masok x pun mulut nie asyik mengata owg jer tu sbb sakit kut ner ler tau kut tulah :( ,,x per ari nie aku beli 2 botol cool rhino x sejuk lagi badan nie x tau ler aku,,arghhhh x seleser btl rasa ari nie memang stress tahan gaban rasa macam nak ngulor jer..
Selasa, 19 Januari 2010
BERBAIK BERPADA-PADA
setiap detik kita bersama,
bagai berkurun rasa,
warna ceria sang pelangi,
mewarnai kita,
hilai tawa penuh bahagia,
suka duka dikongsi bersama,
kasih,,
walau semalaman tak berjumpa,
bagai berabad lamanya,
cukup hanya mendengar suara,
hatiku melakar bahagia,
nyaman terasa bagai di syurga,
segalanya indah tika bersama.......
Ahad, 17 Januari 2010
jerawat
arghhhh serabut tul ler paler nie ngn masalah jerawat nie,,,semakin ari makin teruk ler pulok,,nak kater aku berangan ader ler cikit hahahha tapi xkan ler teruk sangat..terpengaruh dngn rin ler nie suh pakai kosmetik tuttttt x leh cakap nanti kener saman teronyok lok mak bapak aku nak bayar saman beribu x pun berjuta..sekarang cakap pun kener berhati2 cilap cikit jer nak menyaman heran aku...last2 gi kuala beli la balik sabun asam jawa murah pun murah baru 7 hingit jer dari kosmetik yg dah menghabiskan duit aku beratus,,memang hangin tahap letupan lava pertama....
Khamis, 14 Januari 2010
PERLUKAH AKU TAHU SIAPA X-GILFRIEND DIE :)
klu tahu pun,akan buat aku marah dan x suka lak..menyampah lagi ader la.mana tak nya,buat2nya aku ternampak ex-girlfriend kekasih aku tu syok duk berbalas komen kat facebook ke friendster ke,tak ker terasa hangat dalam ati ni..hish!
tapi klu aku tahu siapa die,mesti aku selidik sedalam-dalam nya pasal owg itu.asl maner,tempat tinggal die,siapa kawan2 die mcm2 la.klu blh die suke mkn aper pun aku nak tahu hehe.. :) kata owg blh la aku lihat aper kekurangan aku ngn die..maner baik aku ikutla maner x elok aku perbaiki la diri lagi.bagus jugak tu :D ya ampun sengal dah petang2 nie
GYSC
tahniah untuk gysc terutama tuk sayang la :) coz berjaya"CHARITY RIDE" kl-pahang...sampai naik rabun mata nie cari maner satu sayang dalam pict tu siap kener perli muka bf sendiri pun x knl hahahha...walau pun nampak cikit jer muka sayang dalam tu sekurang nyer masuk gak muka dalam paper malay mail lagi ..... :p bagi yang berminat nak join club nie boleh la daftar or layari laman webs rasmi gysc http://www.gysc.webs.com/
Rabu, 13 Januari 2010
teringat kembali zaman kanak-kanakku :p
kesetiaanku
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu.. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
sesungguhnya kau terindah untuk ku
WQS4824 :p
Selasa, 12 Januari 2010
dedikasi istimewa kepada:
salam dan selamat sejahtera.....
buat ibuku halijah dan ayahku osman
kutatap redup wajahmu dengan setulus kasih sayang...
fadli b. aziz
yang sentiasa kurasa sentuhan kasih sayangmu,
kudengar bisikanmu memberi sinar hidupku..
muhammad danish ikhwan
keletahmu penyeri hidupku dan mewujudkan suasana
yang yang terindah bersamamu...
keluarga dan teman rapat
terima kasih kepada semua kerana tidak jemu memberi
nasihat dan dorongan,semoga bahagia dan ceria selalu..
fadleen@ymail.com